Kerjaya jururawat

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.Di united state dan united kingdom,[latihan kejururawatan], seperti [pakar klinik kerujurwatan] dan [jururawat terlatih],diagnosis masalah kesihatan dan menentukan [pengubatan]dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.

Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5 tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan.

Semasa saya kecil dahulu, saya memang mengelakkan diri dari bercita-cita untuk menjadi jururawat kerana kemungkinan besar setelah mendengar berbagai cerita orang-orang tua yang menganggap kerjaya jururawat ini adalah kerjaya “low class” atau kerjaya pilihan terakhir dan kemungkinan besar tidak mahu bermenantukan seorang jururawat.Kemungkinan menurut mereka kerjaya jururawat yang bergelumang dengan najis pesakit, darah, nanah, muntah dan air kencing pesakit amat menjijikkan.
Dan pada pemikiran mereka, jururawat-jururawat ini berpelajaran rendah dan berperangai “ala-ala gedik”. Kemungkinan memang berlaku mereka yang gedik tetapi tidak semua berperangai sedemikian. So pemikiran sedemikian lah yang patut diubah.

So dengan perededaran zaman menuju teknologi baru, pemikiran manusia juga perlu diubah. Persepsi mereka juga perlu diubah menjadi lebih luas dan terbuka.Dan pada zaman ini, kita dapat melihat Kolej Kejururawatan tempatan dan swasta telah banyak ditubuhkan ibarat cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kolej tersebut kerana menurut satu kajian, kerjaya jururawat pada zaman sekarang adalah kerjaya demand yang paling ramai samada di dalam dan luar negara. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dan ditambah dengan elaun kritikal yang mereka terima.

Sekarang, setelah saya berada di alam kerjaya, saya dapat melihat kerjaya ini semakin diminati ramai dan permintaan jururawat Malaysia untuk bekerja di luar negara juga bertambah. Pada masa sekarang, jururawat Malaysia ramai yang bekerja di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi,Qatar, Abu Dhabi, Dubai dan Bahrain dan gaji yang ditawarkan adalah bermula dari RM9000 ke atas bergantung pada jawatan seseorang jururawat.

Pada masa yang sama, Malaysia masih mempunya masalah kekurangan jururawat dan terpaksa mengambil jururawat dari Filipina dan India. Ini kerana, tawaran gaji yang lumayan yang diterima diluar berbanding di Malaysia. Untuk mengelakkan negara mengambil jururawat dari luar, kerajaan perlu meneliti semula tangga gaji jururawat di Malaysia untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai jururawat ke luar negera.

23 responses to “Kerjaya jururawat

  1. askum.. saya nk tahu apakah syarat dan proses seorang jururawat itu bkerja di luar negara. untk pngetahuan, saya sedang belajar dlm bidang kejururawatan di uitm. tq.

  2. hai kak ogy…
    saya berminat dengar citer kak ogy
    saya amik nurse gak tahun akhir dah ni..
    berdebar2 ase nk exm LJM!!
    akak bagi la tips nk jwab exam LJM nie?
    lepas hbis exam nak aplly cam ner kejer???
    hantar kat email sy k….
    comepopey_1989@yahoo.com

  3. salam…ai..kak sy wu pas abis ljm…tgh tunggu keputusan..akk tau x kat mane2 hospital swasta yg kosong…lau tau plz…inform..

  4. salam… akak, bsk sy da interview untuk blajar nurse 3 thun… kt nilai kolej tp bwah felda… sy tktla agpn xda sains spm ari 2…:0

  5. Cuma nk tahu gaji paling murah. Ye, saya tahu, menjadi jururawat ni untuk tolong orang, tapi kalau makan pun tak mampu nanti saya pulak sakit kene masuk hospital, tak ke pelik?

  6. akak,,,jururawat de kategori2 dy kew,,mksdnye for jururawat kanak2 kew,,sy ske ngok bdak,,, soryla,,,prlu pnglmn sseorg,,, sye dak bru blajo,,,nk tau ni,,, ke bese jururawat ni akn dtntukn sndri,,,,

  7. saya memang berminat sangat nak berkerja di arab saudi
    pengalaman kerja di unit ICU selama 6 tahun dan punyai pos basic ICU

  8. salam kakak sya ni pelajar nursing thn akhir nk tnya kak peluang keje untuk jururawat lelaki kt luar negara tinggi ker?sya klau nk kje kt malaysia then nk fly g keje kt arab saudi ker lps tu..

  9. halo…hye kak…bleh bgi tips bgaimana nk jwb soalan ljm….tuk pgetahuan akak..sy stdent nes llaki….da ka susah tuk sy cri keja nnti….cuz tpksa bsaing ngan mana2 kolej x kira swasta or gvment…

  10. salam wbt..
    saye nak tumpang tny..
    mana nak dapatkn scrubs yang lengan panjang @ 3/4 mcm yg dlm gmbr tu ye?
    blh x reply to email saye.. terima kasih..

  11. salam kak ogy…. saya baru ja bis spm thn ni. saya berminat dgn kerjaya sbgai jururawat… leh x kak ogy terangkan cmna caranya saya nk apply krja ni. mksud saya, pa yg perlu saya buat dan ada???

  12. kerjaya jururawat amatlah dipandang mulia disisi masyarakat. Di Malaysia kerjaya jururawat berada didalam ranking ke 10. hebat tu…tetapi di UK lagi hebat. berada di ranking PERTAMA. ini membuktikan misi ni hebat. kan gitu?

  13. salam macamana nak apply jadi jururawat kat negara arab. anak saya dah bekerja 3 tahun dihospital kerajaan dan berminat mencari pengalaman di negara orang

Leave a reply to azian Cancel reply