Florance Nightingale vs Rufaidah binti Sa’ad al-Aslami

nurseDulu masa nursing student, kita  diajarkan  bahawa Florance Nightingale merupakan pengasas kejururawatan yang pertama perlu kita contohi. Tetapi sering saya terfikirkan, sebagai seorang Islam, kenapa perlu kita agungkan Florance Nightingale (Lady With The Lamp)? Kenapa tidak Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami? Kemungkinan besar kebanyakan daripada kita tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu tentang perkara ini malahan sanggup mengangungkan orang barat yang terang-terang mahu memesongkan fakta. Di sini bukan bermakna saya racist tetapi sekadar memperkukuh akidah umat Islam.

Oleh itu di sini saya akan memperkenalkan dua tokoh ini dan saya amat berharap supaya anda dapat menilai antara dua tokoh ini.

FLORANCE NIGHTANGALEnightingale-florence_nightingale20copy

Mengikut sejarah, Florance Nightingale adalah seorang gadis British yang lahir pada 12 May 1820 diVilla La Columbia di Florence. Ayah beliau ialah Willian Edward Nightingale anak lelaki kepada William Shore seorang banker di Sheffield.. Dia telah bekerja di Military HospiTal di Crimea. Seorang wanita yang dihormati kerana telah membantu askar-askar yang telah tercedera semasa peperangan. Disebalik membantu askar-askar tersebut, dia telah melakukan seks bersama-sama askar tersebut.

Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami

Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale. Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupak seorang tabib (doktor). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.Beliau adalah seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan, mampu menggerakkan masyarakat untuk menghasilkan pekerjaan yang terbaik. Beliau mempunyai klinikal skill yang tinggi dan beliau mampu mengajarkan kepada para wanita lain. Beliau juga “public health nurse” di mana beliautelah keluar ke kawasan masyarakat untuk memberi servis kepada masyarakat dengan percuma.

Ketika kota Madinah dalam proses berkembang, Rufaidah رضي الله عنها mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan prajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa’ad bin Mu’adh رضي الله عنه yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah رضي الله عنها.

Semasa di dalam satu peperangan,beliau telah merawat Sa’ad bin Ma’adah dengan mencabut anak panah yang telah tertusuk di tangannya dan beliau telah berjaya menghentikan pendarahan. nabi Muhammad S.a.w telah beberapa kali melawat nya di khemah. akhirnya, Sa’ad Al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat.

Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Nabi Muhammad telah bersiap sedia untuk ke tempat peperangan Khaibar, Rufaidah dan sekumpulan jururawat sukarelawan telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut dan nabi Muhammad s.a.w telah memberi kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut untu merawat para askar yang tercedera.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm ‘Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain. Maka sejarah ini perlu diperbetulkan kembali.

12 responses to “Florance Nightingale vs Rufaidah binti Sa’ad al-Aslami

  1. Assalamualaikum Ogy, cerita yang menarik… awak copy dan paste lah dalam Jururawat.net, nanti saya letakkan status “Global Announcement”(ada dalam semua ruang) untuk 7 hari

  2. salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh…
    maklumat y sgt mnarik..
    brsmgt nk baca lbih lnjut ttg jururawat islam..
    nk jdkn cntoh utk jadi jururawat muslimat y cmrlg.. [huu smangat]
    hrp dpt naikkan lg mrtbt jururawat islam y laen agr stu hr nnti, bla student nurse blaja nursing mrk ddedahkn dgn tokoh2 jururawat islam…

  3. slm…..thank atas artikel tersebut….baru saya tau saya masih jahil tntang sejarah jururawat ini……Itulah angkara kuasa2 barat dalam menidakkan kebenaran tentang kekuataa umat islam…..alhmdullah,kini baru saya tau perkara yang benar.thank kak ogy….slm

  4. slm.. thanks.. betul ka florence melakukan hub seks dengan askar2? ada tak link atau maklumat yg boleh digunakan, boleh digunakan utk assignment @ presentation nanti..

  5. slm, thanks.. diatas artikel ini .. kenapa kita perlu mengagungkan florence nightingle, padahal kita sebenar mampu mendokong jururawat Rufaidah binti Sa’ad al-Aslami” untuk kita menjadi contoh dalam memajukan kerjaya kejururawatan.

  6. salam ogy,
    tahniah! saya percaya anda salah seorang jururawat yang dapat membawa bidang kejururawatan kita di malaysia ke tahap yang lebih istimewa satu hari nanti.

  7. betul….belajr ikut aje le florence..hati tekadkan pada islam…insyaallah moga allah berkati hidup dan kerja jururawat kita

  8. salam kawan
    i already heard about rufaidah before but not much info about her.

    im ysurahaya im a practitioner nurse, im a aducator, im a student too.

    just i would like to know

    when Rufaidah born and when she involve in nursing state the date that it will prove to media of her existing in nursing founder.

    regard ysurahaya m yusof

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s