SAHABAT

renungan bersama
sahabat….. .
Walau dimana kau berada,
walau apa yang kau kerjakan,
walau apa jua yang kau kecapi…
kejayaan mahupun kegagalan…
cuba fikirkan sejenak.

Tundukkan kepala…

dibawah adalah bumi yang menghampar,
saujana mata memandang.
Kemudian, kau dongakkan pula kepalamu…
di atas adalah langit yang memayungi dunia.
Subhanallah. .. begitu indah ciptaan Allah,
berkuasa mentadbir alam yang fana ini.
Selagi mana kau dapati dua perkara ini,
maka sedarlah apa yang kau perolehi adalah bersifat sementara.

Walau sebanyak mana kekayaan yang kau himpunkan..

dengan murka Allah… bererti engkau miskin.
Walau setinggi gunung kejayaan yang engkau raih…
tanpa redho Allah… beerti engkau telah gagal
dengan erti kegagalan yang sebenar..

sahabat…
Setelah langit digulung, setelah bumi hancur luluh…
dan… apabila kau pandang kiri dan kananmu,
akan kau dapati satu Majlis Konvokesyen terbesar ,
ya’ni Majlis Perhitungan dilangsungkan.
Ketika itu, keadaan penentu nasibmu,
amalan penentu timbanganmu.
Andai keadilan mengatakan Allah redho,
maka kau beraja di syurga.
Jika keadilan mengatakan Allah murka,
natijahnya.. . nerakalah tempat kau kembali!!
Segala yang diputuskan, bergantung kepada semaianmu di dunia ini.

sahabat…
Syurga di akhirat menagih keperitan dunia.
Neraka di akhirat menjanjikan keasyikan dan kenikmatan dunia.

Keliru…???
Jangan kau keliru memilih hala tujumu sahabat.
Jgn terperdaya memilih pendampingmu.
Antara bisikan syaitan dan dorongan malaikat…
dapatkah kau bezakan…?? ?

sahabat…
Jangan biarkan dirimu terus keliru,

hingga tanpa sedar,
kau memilih syaitan sebagai teman setiamu…
kerana syaitan menggunakan senjata nafsu yang mengemudi hatimu.
Kekuatan malaikat yang mendorong hala tujumu,
adalah bergantung kepada iman yang menunjangi hatimu.
Apabila iman beraja di hati… ia pasti
memandu akalmu untuk memilih jalan yang lurus.

sahabat…
Bina dan tingkatkanlah imanmu dengan ilmu.
Mantapkanlah ia dengan istiqomah pada amalan.
Hiasi pula dengan silaturrahim sepanjang zaman.
Berjalanlah dalam satu ukhuwwah Islamiyyah yang
dibentuk melalui penyatuan aqidah.
Jangan biar dirimu hanyut dan leka…

hingga akhirnya kau menjadi mangsa kerakusan nafsu
yang memburu saban waktu.
Selagi mana nadi berdenyut jantung berdegup…
selagi mana roh dan jasad bersatu…
selagi itulah kau perlu berusaha sehabis daya untuk menempah
mahligai indah di syurga abadi,
yang berkuncikan redho Ilahi
kerana keredhoan Ilahi adalah kejayaan hakiki.
dan… hanya itu matlamat kita selama mendiami bumi yang fana ini.

Dan kepada para pejuang2 ISLAM,

biar kita terbuang di dunia ini..
jgn kecewa,jgn patah hati..
tabahkan hati utk teruskan perjuangan ini,
dan ingatlah..ALLAH matlamat kita!!!

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan
orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu,
dan tidak dapat menjadikan orang-orang
yang pekak itu mendengar seruanmu,
apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan
keingkarannya) . Dan engkau tidak akan dapat
memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta
supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak
dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan
kepada orang-orang yang sanggup beriman akan
ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-
orang yang berserah diri dengan ikhlas. (An-Naml : 80-81)

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan
(yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh
balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka
akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-
kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
(An-Naml:89)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s